Friday, April 24, 2009

Ucapan Penggulungan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

Sebahagian Ucapan Penggulungan oleh YB Wong Hon Wai, EXCO bagi Perancangan Bandar dan Desa & Perumahan

YB Tuan Speaker,
Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini terhadap pembentukan Lembaga Rayuan yang baru

1. Lembaga Rayuan
Lembaga Rayuan merupakan sebuah badan berkecuali (independent body) yang ditubuhkan dibawah Bahagian VI, Seksyen 36 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bertujuan untuk mendengar rayuan daripada pihak awam yang terkilan dan tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan.

Pengerusi Lembaga Rayuan yang lama, Dato Ho Mei Ching, telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Alor Setar dan ekoran perletakan jawatan beberapa ahli-ahli Lembaga Rayuan, maka Kerajaan Negeri telah membuat rombakan terhadap komposisi keahlian Lembaga Rayuan.

Kerajaan Negeri telah melantik Yang Arif Dato’ Abd Rahim bin Uda (Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang) sebagai Pengerusi, Puan Siti Khadijah (bekas Pengerusi Mahkamah Perusahaan Pulau Pinang yang kini telah bersara) sebagai Timbalan Pengerusi serta ahli-ahli lain seperti mana yang telah diperuntukan dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Perlantikan ini telah diwartakan pada 26 Mac 2009 dan berkuatkuasa pada 1 April 2009. Tempoh perlantikan adalah selama 3 tahun. Panel Lembaga Rayuan dijangka mengadakan prosiding yang pertama yang pertama pada 28-4-2009.

Terdapat satu perubahan paradigma dari segi perlantikan ahli-ahli Lembaga Rayuan di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding perlantikan di bawah Barisan Nasional.


Senarai ahli-ahli lama termasuk :
1. Setiausaha Barisan Nasional Pulau Pinang
2. Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri Parti Gerakan Rakyat Malaysia
3. Ketua UMNO Cawangan Sungai Ara
4. Bendahari UMNO Permatang Pauh
5. Timbalan Pengerusi MIC Cawangan Farlim.

Saya tidak menafikan mereka mempunyai kelayakan dalam profesion masing-masing. Tetapi, hakikatnya perlantikan adalah atas kuota parti politik. Walau bagaimanapun, ahli-ahli panel lama tersebut telah meletak jawatan sejurus selepas Pakatan Rakyat menerajui kepimpinan di Pulau Pinang.

Ahli-ahli panel yang baru yang dilantik oleh Kerajaan Negeri terdiri daripada Engineer, Surveyor, Architect, Lawyer, Academician yang bebas dan berkecuali.

Inilah paradigm shift yang dimaksudkan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan sentiasa memberi komitmen ke atas pelaksanaan Lembaga Rayuan di Negeri ini terutamanya dalam menyediakan jentera pelaksanaan yang lengkap dengan peralatan dan tenaga pengurusan yang terdiri daripada kakitangan profesional dan sokongan.

2. Jumlah Rumah yang siap dibina pada tahun 2008
Saya juga ingin melaporkan kepada Dewan yang mulia ini.
Secara umumnya sebanyak 13,016 merangkumi pelbagai pemajuan telah mendapat Sijil Layak Menduduki bagi tahun 2008 bagi seluruh negeri Pulau Pinang.


Pecahan bagi semua projek tersebut adalah seperti berikut :
BIL. JENIS PEMAJUAN MPPP MPSP
1. Kilang 16 unit 27 unit
2. Kos Sederhana Rendah 2,248 unit ---
3. Kos Rendah 624 unit 935 unit
4. Rumah Kediaman 48 unit 292 unit
5. Teres 758 unit 2,679 unit
6. Pangsa/Apartment/Kondo 3,417 unit 337 unit
7. Sesebuah/Banglo 91 unit 660 unit
8. Berkembar 364 unit 773 unit
9. Kedai/Pejabat 194 unit 259 unit
10. Rumah Berasingan 77 unit 15 unit
11. Rumah Kluster 2 unit ---
Jumlah 7,039 unit 5,977 unit
Jumlah Besar = 13,016 unit

3. Legislative Reform
Beberapa ADUN termasuk ADUN Seberang Jaya, Bukit Tengah, Bayan Lepas, Padang Lallang telah membangkitkan isu-isu tentang kelemahan pelaksanaan COB (Pesuruhjaya Bangunan) dan CCC.

Kedua-dua isu ini melibatkan pelaksanaan Akta Parlimen.

Bagi memastikan penyelenggaraan flat-flat sentiasa teratur, Kerajaan Negeri melalui penguatkuasa undang-undang di bawah Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan 2007) (Akta 663), Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang telah dilantik di kedua-dua PBT memainkan peranan dalam menangani masalah-masalah yang timbul di bangunan bertingkat.

Dalam masa yang sama juga, pemilik-pemilik unit perlu memainkan peranan dalam memastikan bangunan tersebut sentiasa dalam keadaan baik. Tanggungjawab tersebut adalah tanggungjawab bersama antara pemaju dan penduduk. Adalah diharapkan juga YB ADUN kawasan juga memainkan peranan dalam membantu Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan perselisihan faham antara penduduk-penduduk dalam pembentukan JMB.

Sebagai seorang Legislator, semua ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen harus juga memainkan peranan dalam menjalankan inisiatif legislative reform. Terdapat kelemahan di Akta 663 contohnya tiada subsidiary law dan prosedur-prosedur untuk menyokong pelaksanaan Akta 663.

Pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempat telah memulakan langkah consultation dengan stakeholders dan telah meminta badan-badan profesional seperti Badan Peguam, Juru Ukur, Pemaju untuk memberikan input-input.

Oleh itu, saya meminta wakil rakyat mengambil maklum tentang perkembangan itu dan membawa isu-isu legislation reform di forum-forum yang bersesuaian.

Adun Bayan Lepas telah membangkitkan isu CCC dan non-technical requirement. Sekiranya kita melihat kepada Akta, syarat-syarat seperti pelepasan kuota Bumiputera dan 30% low cost housing memang ialah non-technical requirement. PSP hanya ambil maklum tentang keperluan technikal. Niat Parlimen semasa pindaan Akta hanya berkisar tentang technical requirement. Saya bersetuju bahawa terdapat kelemahan dari segi pindaan Akta yang langsung tidak mempertimbangkan isu-isu non-technical yang saya sebutkan. Ini akan mempengaruhi bukan sahaja Pulau Pinang tetapi kesemua negeri di Malaysia.

Sebagai seorang Legislator, semua ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen harus juga memainkan peranan dalam menjalankan inisiatif legislative reform.

No comments: